Ahad, 21 Mac 2010

Dari Halaman Mesra ke Puncak Menara

Dari Halaman Mesra
Menuju bangunan lama
Menelaah ilmu dunia
Menekuni  syariatNya

Dari Halaman Mesra
Ke asrama yang menyimpan nostalgia
AA,AB,AC,BA,BB,BC bukan sekadar patah kata
Berebut giliran di kolah sana
Ikan Mati Lemas tak dilupa
Kisah misteri pelbagai warna

Dari Halaman Mesra
Ke makmal meneladani sains dan khazanahnya
Ke bengkel berkenalan dengan tukul pahat dan kerabatnya
Di Bilik ERT mengenal jahit jahitan dan resepi pelbagai rasa

Dari halaman Mesra
Ke dewan yang penuh nostalgia
Di medan ilmiah mencipta nama
Juga perpustakaan tempat bertapa
Menghafal syarahan pidato segala

Dari Halaman Mesra
Ke padang penuh gempita
Temasya sukan kitalah wira
Sorakan semangat tak pernah mengecewa
Maju maju kita maju ,Mara mara kita mara
Kita boleh kita boleh menjadi juara

Dari Halaman Mesra
Ke medan himpunan menadah telinga
Ingatan tulus bekalan kembara
Nasihat ikhlas penawar dahaga

Dalam damai deru anginmu
Dalam tenang udara mesramu
Dalam tikungan mesra  pendidikmu
Dahulu aku pemilik kurung biru dan kain putih itu
Kerna dedikasi dan keikhlasanmu
Dari Halaman Mesra
Kini aku di Puncak Menara

# Halaman Mesra adalah nama yang diberi kepada halaman SMA Al-Wosto (dari pintu utama hingga kawasan Parkir Guru-guru.)  Pada sekitar 2000-2001, Halaman Mesra menjadi tempat pertemuan ibubapa dan penjaga di hujung minggu justeru akan selalu berkumandang pengumuman agar pelajar datang ke Halaman Mesra berjumpa ibubapa.

NUR ATIKAH JAMALUDIN
I KHAS 1997- 5PS1 2001
-GOMBAK, MAC 2010-



Sumbangan: Cik Nur Atikah Jamaludin 
(yang dihantar melalui e-mail bertarikh 19 Mac 2010, sekaligus
menjadi penyumbang sulung Buletin Wosto dari bekas warga SMA
 Al-Wosto) Terima Kasih atas sumbangan!


                                                                  Editor



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.